Followers

Thursday 30 October 2008

BAB 1 : PENGENALAN KETAMADUNAN


PENGENALAN


Perbincangan tentang ilmu ketamadunan telah banyak dikupas oleh tokoh-tokoh sarjana di Timur mahupun di Barat dari pelbagai perspektif. Pelbagai istilah telah muncul dalam mendefinisikan pengertian tamadun, di mana secara umumnya ianya membawa erti pencapaian kemajuan dari segi pembangunan fizikal di samping pemupukan tingkahlaku yang baik.

Menurut The Oxford Dictionary (1995) salah satu makna moden ialah barn dan mutakhir iaitu new and up to date. Menurut Kamus Dewan (1998), tamadun boleh didefinisikan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, cara berkelakuan, berfikir, segala hasil kegiatan, penciptaan berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban.

Dalam bab ini, perbandingan di antara definisi tamadun yang dikemukakan oleh sarjana Barat dan definisi yang dikemukakan oleh sarjana Islam akan dilihat. Perbandingan ini dibuat bagi mendapatkan satu definisi terbaik. Perbincangan mengenai ciri-ciri masyarakat bertamadun dan faktor-faktor yang membantu sesebuah tamadun itu muncul dan seterusnya terbina turut diperbincangkan tanpa mengabaikan faktor-faktor yang menyumbang kepada keruntuhan sesebuah tamadun.

Penggunaan istilah tamadun yang berasal dari bahasa Arab iaitu tamaddun telah lama diterima pakai dalam perbendaharaan bahasa Melayu. Penggunaannya dalam bahasa Melayu dikenali sebagai fenomena peminjaman mengikut teori antara bahasa. Di dalam bahasa Arab terminologi yang sering disamakan dengan tamadun ialah Hadharah, Umran dan Madaniyyah atau sinonim dalam bahasa Inggeris Civilization. Semua istilah di atas, walaupun rujukan khususnya boleh dibezakan antara satu sama lain lantaran berbezanya latar belakang sarjana dan pengalaman hidup mereka, akan tetapi secara umumnya merujuk kepada makna yang sama. Semua istilah tersebut secara literalnya bererti maju atau mencapai kemajuan. Makna kemajuan ini akan dipakai sebagai suatu makna tamadun yang sama supaya mudah difahami.

Perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada perkataan maddana dalam bahasa Arab. Maddana merupakan kata kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan maddana ini lahirlah perkataan madani yang merupakan sifat nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada perkataan al-deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama (Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi, Hashim Hj Musa, Mohd Zuhdi Marsuki, 2002: 3).

Menurut Ibrahim Anis et al. (1960), perkataan tamadun adalah kata terbitan daripada kata kerja maddana yang bererti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Manakala Ibrahim Mustafa et al. (1989) dalam Al-Mu'jam al-Wasit memberi erti yang sedikit berbeza iaitu hidup dalam suasana kehidupan orang bandar dan menikmati kehidupan yang maju.

Perkataan tamadun melahirkan beberapa perkataan lain yang menjelaskan lagi kandungan maksud yang diungkapkannya. Antara yang dimaksudkan ialah madinah (bandar) dan madini (keselesaan hidup dan ketinggian budi) (Mohd Liki Hamid, 2004 : 4-5).

Tamadun juga sering disamakan pengertiannya dengan peradaban yang membawa maksud keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani dalam sesebuah bangsa dan masyarakat. Selain daripada itu, perkataan yang sering digunakan dalarn bahasa lnggeris untuk memberi maksud tamadun ialah civilization atau civilisation. Perkataan ini berasal daripada perkataan civitas dalam bahasa Latin yang bermaksud bandar atau kota. Tamadun dari segi bahasa mempunyai erti yang sama dengan istilah civilization dalam bahasa Inggeris. Civilization berasal daripada istilah bahasa Perancis iaitu city (bandar). Sehingga tahun 1732, ia merujuk kepada proses perundangan yang mengubah perbicaraan jenayah kepada perbicaraan sivil. Pada akhir abad ke-18, ia mula berkembang kepada makna yang lebih luas daripada hanya proses perundangan. Istilah ini mula digunakan di England pada tahun 1772 (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noor, Salina Hj. Zaino!, 2000 : 3). Seperti hadarah dan peradaban, civilization juga membawa maksud menekankan penggabungan antara ketinggian budaya hidup dan kemajuan kebendaan.

Secara ringkasnya pengertian tamadun dapat dilihat melalui pandangan yang mewakili pemikiran tamadun Barat, Islam dan Melayu seperti yang telah dibincangkan oleh Marzuki (1994 : 51-59) dalam Mohd Liki Hamid (2004 : 9) seperti mana berikut;


Tamadun Menurut Sarjana Barat:

(a) Arnold Toynbee: Tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.

(b) J.K. Fiebleman: Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan.

(c) E.B. Taylor: Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.

(d) Oswarld Spengler:
Tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan, kerana kebendaan itu membawa kepada kemajuan.

(e) Will Durant: Tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.


Tamadun Menurut Sarjana Islam

(a) Ibn Khaldun : Tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya. Ini termasuk keperluan kepada bahan-­bahan makanan, pakaian, peralatan rumah tangga dan sebagainya.

(b) Muhammad Rasyid Redha : Agama adalah asas tamadun. lni kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya.

(c) Sayyid Qutb : Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, Pc°litik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.

(d) Said Hawa : Tamadun secara umum terbahagi kepada dua kategori iaitu tamadun Islam dan tamadun Jahiliah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu. Manakala tamadun Jahiliah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral.

(e) Umar Audah ai-Khatib: Tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan.

(f) Muhammad al-Bahiy : Tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain.


Tamadun Menurut Sarjana Melayu

(a) Abu Bakar Hamzah : Tamadun Islam ialah sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan yang lahir daripadanya, sarma ada sesuatu yang berupa niskala (nisbah) mahupun yang berupa sekala (material).

(b) Wan Hashim Wan Teh: Pencapaian tinggi pemikiran ahli masyarakatnya dalam aspek budaya dan kesusasteraan, agama dan moral, pelbagai aspek kesenian, tatasusila iaitu adab, budi pekerti serta organisasi politik atau kemampuan mewujud dan menguruskan sesebuah kerajaan yang demokratik. Termasuk dalam konsepsi tamadun ialah kemajuan dalam pengurusan ekonomi dan perdagangan serta peningkatan dalam teknologi yang berkemampuan meningkatkan keselesaan hidup manusia.


Justeru, tamadun Barat lebih menonjolkan aspek pencapaian kebendaan atau material sebagai ukuran bagi menentukan sesebuah masyarakat itu bertamadun atau sebaliknya, manakala tamadun Islam mengimbangi di antara pembangunan material dan spiritual atau antara kebendaan dan kerohanian. Tamadun Melayu juga meletakkan aspek keagamaan dan moral suatu unsur penting selain pembangunan material kerana menerima pengaruh besar daripada Tamadun Islam.


Hubungan Tamadun dengan Agama

Menurut Kamus Dewan (1998), agama ialah kepercayaan kepada Tuhan dan sifat­-sifat, kekuasaan, penerimaan ajaran dan perintah-Nya. Secara fitrah, agama dan kepercayaan bukan hanya merupakan perkara asas yang wujud dalam diri setiap manusia, tetapi juga sudah menjadi suatu keperluan kepada manusia. Manusii memerlukan agama kerana dorongan sifat semulajadi iaitu seperti rasa takut yang membawa kecenderungan untuk mendapatkan keselamatan dan perlindungan daripada Tuhan.

Islam mendefinisikan agama dengan nama al-deen, iaitu cara hidup yang disepadukan dari kepatuhan menurut peraturan yang diturunkan oleh Allah SWT dengan meletakkan agama Islam itu sebagai kebudayaan. Islam meletakkan hubungan yang amat erat di antara agama dan tamadun. Ianya berbeza dengan pandangan Barat yang meletakkan agama sebagai sebahagian daripada kebudayaan iaitu agama lahir dari aktiviti manusia atau hasil dari interaksi manusia dengan alam sekitar atau ketakutan kepada kuasa ghaib.

Peranan agama dalam membentuk pandangan semesta sesebuah masyarakat serta perilaku tindakan mereka dalam kehidupan sememangnya amat penting. Ini kerana agama mengajar manusia melaksanakan perkara-perkara positif dalam kehidupan seperti berusaha, amanah, sabar dan sebagainya yang dapat melahirkan tamadun manusia. Kemunculan tamadun-tamadun silam sebelum ini merupakan manifestasi kepada kehidupan beragama yang berperanan membentuk pandangan semesta dan nilai kehidupan yang terpuji dalam masyarakat ketika itu. Contohnya tamadun Barat dipengaruhi oleh agama Kristian, tamadun Timur Tengah, Rusia dan China kebanyakannya dipengaruhi oleh agama Islam. Manakala tamadun Asia Tengah pula dipengaruhi oleh Hindu dan Buddha. Agama juga mempunyai hubungan dengan unsur tamadun yang lain seperti moral, etika, ekonomi, undang-undang, estetika dan sains.

Walaubagaimanapun peranan agama ini telah dinafikan oleh dunia Barat yang pemah mengalami Zaman Kegelapan yang mendakwa agama Kristian telah menyebabkan berlakunya kemunduran dalam kehidupan manusia. Fahaman ini menyebabkan mereka memisahkan agama dengan kehidupan, lalu membina ilmu dan tamadun atas dasar kemanusiaan dan sains moden sejak zaman Renaissanse sehingga kini. Namun demikian, keadaan ini berlaku sebaliknya di dunia Timur atau suatu ketika dahulu dikenali dengan nama Jahiliah, telah berjaya membangun dan mencipta kemajuan kerana berpegang teguh dengan ajaran agama yang dinamakan Islam. Mengenai kewujudan hubungan yang erat antara tamadun dan ajaran Islam ini, R.E. Sullivan menegaskan, "Moslem civilisation was the product of Moslem religion." Manakala M. Abduh pula merumuskan bahawa "adherence to the Prophets and the guidance of religion provides the basis for every civilisation. (Mohd Nasir Ripin, Abdullah Sulong, Zulkiflee Haron, 2003: 5).

Hubungan Tamadun dengan Kebudayaan

Hubungan antara tamadun dan kebudayaan ialah kedua-duanya merupakan hasil ciptaan manusia yang menyentuh aspek cara hidup dengan menggunakan akal dan fikiran untuk menggarap ilmu dan pengetahuan. Daripada pemilikan ilmu ini pula, ia melahirkan keinginan dan kehendak untuk mencapai satu tingkat kehidupan yang maju dengan mematuhi undang-undang dan peraturan hidup dengan membina asas-asas pembangunan dan pemodenan.

Menurut Kamus Dewan (1998), kebudayaan ialah cara hidup sesuatu masyarakat. Pengertian ini mempunyai makna yang sangat luas penggunaannya. Perkaitannya dengan tamadun dapat dilihat melalui ciri-ciri khusus kemajuan kehidupan sesuatu masyarakat yang meliputi pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, kesenian, senibina, pakaian, agama dan lain-lain pencapaian manusia. Perkaitan antara kebudayaan dan tamadun berdasarkan kesamaan sumber kedua-duanya dihasilkan oleh fikiran dan keilmuan manusia dalam membangunkan insan untuk mencapai taraf hidup yang lebih maju di dunia ini. Bagaimanapun, tamadun berbeza daripada budaya sekiranya dilihat dari dua keadaan berikut: (Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah, Hashim dan Mohd. Zuhdi, 2001 : 5)

(a) Pengaruh dari natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh dari natijah budaya. Dengan pengertian lain sesuatu natijah budaya yang kekal lama dalam sesebuah masyarakat merupakan natijah tamadun. Sebagai contoh, kesetiaan kepada maharaja merupakan satu natijah tamadun dalam masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka telah jauh berbeza daripada keadaan silam. Manakala cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis makanan pula merupakan natijah budaya kerana telah mengalami banyak perubahan dalam tempoh seratus tahun ini.

(b) Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu. Tamadun Islam misalnya mengandungi beberapa budaya mengikut negara atau wilayah yang berbeza. Sebagai contoh, budaya masyarakat Islam di rantau Melayu berpakaian berbeza daripada masyarakat Islam di Semenanjung Arab sungguhpun mereka berada di bawah naungan ketamadunan Islam.


Hubungan Tamadun dengan Bangsa

Hubungan antara tamadun dengan bangsa tidaklah begitu ketara sekalipun terdapat beberapa tamadun yang sering dikaitkan dengan sesebuah bangsa seperti tamadun China dan India. Walaubagaimanapun saat tamadun melangkaui saat-saat sesuatu bangsa kerana kewujudan sesebuah tamadun tidak berdasarkan batasan kedudukan geografi, budaya dan kebangsaan.

Bagaimanapun, Islam meletakkan agama sebagai nadi utama di dalam pembinaan tamadun manakala bangsa tidak memberikan suatu makna yang cukup besar kepada tamadun. Kepelbagaian bangsa dalam Islam dikira sebagai milik bersama secara global dan mempertahankan survival tamadun Islam untuk merentas zaman. Kefahaman ini dipetik menerusi maksud firman Allah SWT di dalam al-Quran surah al-Hujurat (49) ayat 13 yang bermaksud:

"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu semua daripada seorang lelaki dan wanita dan Kami telah menjadikan kamu semua bersuku-suku dan berbangsa-bangsa, supaya kamu saling kenaI mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. "

Kewujudan dan kemunculan tamadun-tamadun yang besar dan masyhur dilihat mempunyai penonjolan yang tersendiri seperti tamadun Yunani yang masyhur dengan falsafah dan keseniannya, manakala tamadun Islam pula masyhur dengan perspektif kehidupan yang menyeluruh di samping perkembangan sains dan teknologi. Keistimewaan tersebut hasil pandangan semesta atau world view yang biasanya berdasarkan agama yang dianuti oleh mereka.

Unsur utama yang menjadi pembeza antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain ialah pandangan semesta (world view). Pandangan semesta inilah yang menjadikan sesuatu tamadun membentuk keutuhan yang berterusan dalam mencapai kemajuan yang menjadikan tamadun itu kekal. Walaubagaimanapun, kebanyakan tamadun yang pernah wujud memiliki ciri-ciri tertentu yang meneruskan kesinambungan sesuatu masyarakat. Beberapa ciri-ciri yang sejagat dimiliki oleh sesebuah tamadun seperti berikut :

Penempatan Kekal

Penempatan kekal merupakan aspek penting dalam kewujudan sesebuah tamadun di dunia ini. Ini kerana manusia memerlukan suatu kawasan bagi menjalankan aktiviti ekonomi dan kemasyarakatan malah tempat tinggal mereka. Kewujudan suatu penempatan tetap dan kekal membolehkan sesebuah masyarakat menetap di kawasan-kawasan yang boleh membekalkan hasil makanan kepada mereka. Ciri-ciri ekonomi asas di kawasan ini ialah wujudnya sumber makanan asas seperti tumbuhan bijirin liar serta sumber protein seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya. Oleh itu, pemilihan kawasan yang mempunyai ciri-ciri ekonomi tersebut merupakan proses ke arah pembentukan sebuah masyarakat pertanian awal yang akhirnya membentuk bandar hasil daripada revolusi pertanian.

Di samping itu, pemilihan kawasan yang mempunyai ciri-ciri geografi tertentu amatlah penting bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan seperti lembah sungai kerana tanahnya mempunyai tahap kesuburan semulajadi bagi permulaan kepada pertanian tetap, bekalan air yang cukup untuk kegunaan komuniti dan juga pertanian. Hampir kesemua tamadun awal bermula di kawasan-kawasan lembah sungai yang subur contohnya tamadun Mesir di lembah Sungai Nil, tamadun Sumeria di lembah Sungai Euphrates dan Tigris, tamadun Shang di lembah Sungai Kuning dan tamadun Mohenjo Daro-Harappa di lembah Sungai Indus. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noor, Salina Hj. Zainol, 2000 : 7). Penempatan kekal ini merupakan suatu yang amat penting dalam meneruskan proses selanjutnya atau kesinambungan perkembangan sesebuah tamadun itu.

Revolusi Pertanian

Perkembangan revolusi pertanian disebabkan penciptaan kekayaan (wealth creation) wujud di dalam sesebuah masyarakat. Perkara ini berlaku disebabkan masyarakat semakin pandai mengeksploitasi alam semulajadi melalui cara-cara saintifik. Ciri ini menjadi ukuran kepada ketamadunan sesebuah masyarakat berdasarkan kekayaan yang diperolehi. Keadaan ini berlaku apabila wujud pertambahan hasil pertanian dan pentemakan meningkat dan melampaui tahap sara diri. Kesannya segelintir anggota dalam masyarakat itu dapat bergiat dalam aktiviti lain seperti pertukangan, perdagangan dan sebagainya. Pada peringkat ini kita dapati berlaku penciptaan peralatan yang lebih baik bagi meningkatkan lagi hasil makanan. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd DaH, Arba'iyah Mohd Noor, Salina Hj. Zainol, 2000 : 8).

Revolusi pertanian turut memperkembang dan mempertingkatkan pengkhususan pekerjaan di kalangan anggota masyarakat. Kewujudan lebihan pengeluaran makanan menyebabkan masyarakat akan menjalankan aktiviti ekonomi lain seperti pertukangan, pentemakan, perniagaan dan sebagainya. Kepesatan perkembangan aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain ini akan menghasilkan suatu bentuk baru kegiatan ekonomi yang dikenali sebagai perdagangan. Masyarakat sudah mampu menjuallebihan hasil makanan mereka malah mampu membuat pertukaran dengan barangan keperluan yang lain.

Sistem Politik dan Pemerintahan yang Teratur

Kewujudan suatu sistem politik dan pentadbiran yang teratur merupakan salah satu ciri penting tamadun dan menjadi simbol atau lambang kepada ketamadunan sesebuah masyarakat. Kebiasaannya pada peringkat awal perkembangan sesuatu tamadun sistem politik dan corak pemerintahan berdasarkan kepada hubungan kekeluargaan dan darah dalam membentuk sebuah masyarakat sebenar. Apabila manusia mencapai tahap tamadun yang tinggi, sistem politik dan pentadbirannya menjadi lebih kompleks. Begitu juga dengan kelompok manusia yang diperintah akan menjadi semakin kompleks. Hubungan antara individu bukan lagi berasaskan kepada hubungan darah, tetapi bentuk pemerintahan bermula dengan ketua kepada kuasa pemerintah tertinggi yang dikenali sistem beraja atau monarki yang menjadi hak turun temurun, contohnya raja atau sultan dalam tamadun Melayu dan Firaun dalam tamadun Mesir. Organisasi politik di bawah kuasa pemerintah tertinggi ini muncul sejak tahap awal sesebuah masyarakat mencapai tamadun. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noor, Salina Hj Zainol, 2000 : 14).

Di samping itu, pemerintahan juga mengandungi pelbagai bentuk pentadbiran yang membantu, menyelaras serta melicinkan sesebuah negara seperti kehakiman, perkhidmatan awam, suruhanjaya dan badan-badan keselamatan seperti polis dan tentera. Kewujudan bentuk pentadbiran tersebut boleh dilihat pada pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dengan wujudnya jawatan Temenggung yang berperanan menjaga keselamatan, Laksamana menjaga keselamatan perairan dan lain-lain.

Stratifikasi clan Organisasi Sosial

Pengkelasan dalam masyarakat berdasarkan kelas dan status merupakan suatu ciri yang berlaku dalam perkembangan sesebuah tamadun. Stratifikasi sosial sesuatu masyarakat biasanya bermula dengan pemilikan tanah pertanian yang dianggap mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat sementara golongan yang tidak mempunyai tanah pertanian menjadi golongan pekerja atau buruh iaitu kelas yang lebih rendah, contohnya hamba. Oleh itu kelas masyarakat seseorang atau sesebuah keluarga pada awal kemunculan tamadun ditentukan berdasarkan pemilikan tanah tersebut. Selain itu golongan masyarakat yang mempunyai status yang tinggi dilihat mempunyai peraturan adat yang istimewa yang tidak boleh dilakukan oleh golongan berstatus rendah termasuklah jenis pakaian, perhiasan dan bentuk-bentuk binaan rumah. Lazimnya golongan yang berstatus tinggi juga merupakan golongan yang berada pada strata sosial yang paling tinggi serta mengawal sebahagian besar faktor pengeluaran. (Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, 1998: 51-52).

Namun demikian perkembangan ekonomi yang membawa kepada kemunculan golongan peniaga atau pedagang kemudiannya mempengaruhi perubahan sosial. Kemunculan golongan ini secara tidak langsung menjejaskan kerangka masyarakat awal. Pemilikan kekayaan kini bukan hanya terhad kepada tanah tetapi juga harta benda lain yang mana kekayaan tersebut telah mempertingkatkan kedudukan pedagang ke kelas sosial yang tinggi. Dalam keadaan ini golongan bangsawan yang memiliki tanah dan kuasa politik boleh ditandingi oleh golongan pedagang. Oleh itu dalam kebanyakan masyarakat, golongan pedagang dinafikan status tinggi oleh golongan bangsawan melalui pelbagai cara walaupun golongan ini mempunyai kekayaan.

Urbanisasi

Urbanisasi merupakan proses pembentukan pembandaran atau dikenali sebagai bandar. Bandar merupakan pusat utama kegiatan pentadbiran, ekonomi, keagamaan, kemasyarakatan dan sebagainya dalam sesebuah tamadun. Ianya dianggap sebagai nadi sesebuah tamadun kerana hampir semua aktiviti masyarakat berlangsung di bandar. Walaubagaimanapun aspek urbanisasi ini merangkumi juga kawasan perkampungan yang didiami oleh sebilangan masyarakat lain yang mempunyai peranan dan fungsi yang sarna seperti di bandar.

Bentuk lazim yang wujud pada bandar-bandar awal ialah penempatan sekelompok bandar di mana pusatnya ialah kuil-kuil dan istana-istana yang didiami oleh keluarga pemerintah serta pembesar-pembesar. Sementara golongan petani dan pekerja-pekerja lain tinggal di kampung masing-masing yang berhampiran dengan bandar. Oleh itu penempatan keseluruhannya lebih bercorak berselerak (dispersed city).

Cantohnya bandar dalam tamadun Shang mempunyai binaan tembok-tembok yang memisahkan setiap kelompok berdasarkan kepada kelas sosial serta pengkhususan kerja. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd NoOf, Salina Hj. Zainol, 2000: 11). Tamadun Lembah Indus memberi contoh terbaik di mana proses perbandaran dibangunkan sangat menakjubkan. Kesan-kesan tinggalan bangunan besar, bilik air, limbah, pembentungan, longkang dan palung di kaki-kaki atap masih menjadi bukti kepada ketinggian kehidupan masyarakat tempatan pada ketika itu. (Azhar Hj. Mad Aras, Azharudin Mohd Dali, Suffian Mansor, Zulkarnaian Abdul Rahman, 2001 : 14).

Perkembangan Sains dan Teknologi

Kepesatan kemajuan sains dan teknologi selaras dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan pemikiran sesebuah masyarakat. Ianya memartabatkan sesebuah tamadun dati satu tahap ke satu tahap yang lebih tinggi. Kemajuan material selalunya berpunca dari kemajuan pemikiran atau mind~ dan keilmuan sesuatu bangsa. Taraf pemikiran yang tinggi ini pula diterjemahkan dalam bentuk realiti yang bersifat benda atau alatan atau teknologi. Kemajuan dalam bidang perdagangan sekadar contoh, diiringi dengan teknologi perkapalan, penciptaan mata wang, alatan tembaga, tembikar dan seumpamanya. Tidak dapat dinafikan sejarah sesebuah tamadun amat bergantung kepada ketinggian sains dan teknologinya. Penciptaan piramid sebagai contoh, kekal menjadi mercu tanda tamadun Mesir hingga hari ini.

Pada awal perkembangan sains dan teknologi setiap tamadun memiliki ciri yang sarna dengan penggunaan batu sebagai alat terpenting dalam kehidupan. Pengetahuan dan pengalaman manusia semakin meningkat dalam penciptaan perala tan keperluan seharian sehingga memasuki era pertanian dan kerja-kerja kraftangan. Dua penciptaan terpenting manusia pada peringkat ini ialah bajak dan roda. Bajak memudahkan kerja-kerja dalam sektor pertanian manakala roda menjadikan aktiviti pengangkutan pembuatan tembikar dan pengairan. (Azhar Hj. Mad Aras, Azharudin Mohd Dali, Suffian Mansor, Zulkarnaian Abdul Rahman, 2001 : 10). Perkembangan sains dan teknologi manusia bertambah baik dengan penggunaan besi sebagai bahan utama penciptaan pelbagai keperluan manusia sehingga ke hari ini. Kepesatan manusia melakukan kajian dan penyelidikan melonjakkan taraf kehidupan yang bertambah maju dan canggih.

Sistem Tulisan

Masyarakat memerlukan kepada komunikasi untuk berinteraksi sambil memberi atau menerima maklumat. Lantaran itu, kewujudan sistem tulisan merupakan ciri tamadun yang paling penting bagi perkembangan sesebuah tamadun dalam jangka mas a panjang. Tulisan dalam tamadun awal mempunyai pelbagai bentuk yang difahami oleh komuniti setempat, contohnya di Sumeria, Mesir dan China muncul tulisan piktograf yang mana gambar-gambar dilukis bagi mewakili sesuatu makna. Tulisan piktograf ini kemudiannya berkembang kepada sistem tulisan yang berbentuk logagrafi (logographic) iaitu bentuk awal kepada pembentukan tulisan berbentuk abjad. Kemunculan tulisan menjadi petunjuk kepada dinamisme masyarakat sesebuah tamadun kerana melalui sistem tulisan, komunikasi dalam masyarakat menjadi lebih luas dan efektif. Angka-angka yang terbit daripada sistem tulisan memudahkan lagi pengiraan dibuat. Perkembangan ini membawa kepada kemunculan kelas terpelajar atau literati. Golongan ini terbabit dalam aktiviti pemerhatian dan penyimpanan rekod­rekod. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noor, Salina Hj. Zainol, 2000: 13).

Ilmu astronomi merupakan ilmu yang berkembang seiring dengan sistem tulisan dan angka dalam masyarakat tamadun awal. Penciptaan sistem tulisan dan angka secara tidak langsung telah memperkembangkan ilmu pengetahuan dalam masyarakat bertamadun. Catatan-catatan dapat dibuat dan rekod-rekod dapat disimpan. Contohnya dalam sejarah China telah wujud tradisi menyimpan rekod istana sejak tamadun Shang. Sistem tulisan turut menjadi penggerak kepada kemunculan seni kreatif yang melibatkan penulisan seperti penggarapan epik-epik, puisi-puisi dan cerita-cerita rakyat, contohnya epik Gilgamesh dalam masyarakat Sumeria. Sistem tulisan juga dapat membantu memperkembangkan dan menyemarakkan sesuatu agama atau kepercayaan. Contohnya, penganut agama Islam dapat menghayati ajaran Islam yang sebenar melalui kitab al-Quran yang telah ditulis dan dibukukan oleh golongan ulama terdahulu.

Sistem Agama dan Kepercayaan

Kehidupan beragama merupakan ciri penting yang wujud dalam masyarakat bertamadun. Pemikiran tentang wujudnya kuasa ghaib yang mengawal kehidupan manusia menunjukkan manusia sebenarnya sudah berfikir mengenai keperluan spiritual Giwa) mereka. Spiritual merupakan unsur penting dalam tamadun-tamadun dunia, misalnya tamadun Mohenjo Daro-Harappa, tamadun Sumeria dan Mesir. Agama dan kepercayaan ~ini bukan sahaja rriemberi kesan kepada wujudnya manusia yang bersopan santun atau baik tetapi juga dimanifestasikan melalui pembinaan bangunan-bangunan keagamaan yang kemudiannya menjadi pusat kepada urbanisasi dalam tamadun tersebut Kemunculan tamadun dikatakan bermula apabila muncul bandar-bandar. Lazimnya bandar-bandar awal muncul di sekitar pusat-pusat upacara agama. Kerja-kerja mencari gali bahan-bahan arkeologi mendapati bahawa kadang­kadang bandar tersebut berasal daripada sebuah kuil agama atau pusat penyembahan nenek moyang (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noor, Salina Hj. Zainol. 2000 : 10).

Kewujudan kompleks-kompleks kuil amatlah menonjol dan seiring dengan pertumbuhan bandar sehingga sejarawan dan ahli arkeologi berpendapat bahawa kepercayaan agama yang telah diinstitusikan sebagai agama rasmi sesebuah masyarakat memainkanperanan penting dalam pembentukan masyarakat bertamadun dan bandar­bandar awal. Peristiwa besar dunia hari ini pun seringkali dikaitkan dengan agama. Tahun Masehi sebagai contoh, dinasabkan kepada seorang Nabi Isa yang menyebarkan ajaran agama Kristian.


1.5 KELAHIRAN, KEJAYAAN DA.N KERUNTUHAN TAMADUN
FAKTOR KELAHIRAN DAN KEJAYAAN TAMADUN

Kemunculan dan perkembangan sesebuah tamadun dipengaruhi oleh pelbagai faktor, antaranya (Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi, Hashim Hj.Musa, Mohd Zuhdi Marsuki, 2003: 13) :

Politik yang kukuh

Politik yang kukuh merupakan faktor utama yang menentukan jangka hayat sesebuah tamadun. Contohnya, tamadun Mesopotamia dengan sistem beraja dan Kod ammurabinya (1792-50 S.M). Tamadun Mesir dengan Raja Firaun dan sistem hierarkinya. Begitu juga tamadun Lembah Indus dan tamadun Melayu yang terkenal dengan sistem beraja dan sistem pembesamya seperti empayar Melaka. Kesultanan Melaka yang diasaskan oleh Parameswara dari Palembang sekitar 1400M telah mengukuhkan sistem pentadbirannya dengan memperkenalkan Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Tamadun China yang bermula di Lembangan Sungai kuning (Hwang Ho) juga ditentukan kesinambungan hayatnya oleh faktor politik, perundangan dan kestabilan.

Kedudukan yang Strategik

Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan kedudukannya yang trategik yang boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah untuk lemperoleh sumber-sumber semulajadi untuk menampung kehidupan masyarakatnya. aktor lokasi seperti ini yang merujuk kepada kesesuaian faktor-faktor geografi telah dilihat menggalakkan kemunculan tamadun China di Lembah Huang-He dan Yang Tse, tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra, tamadun Mesopotamia di Lembah igris dan Euphrates, tamadun Mesir di Lembah Nil dan juga tamadun Melaka di pinggiran- Selat Melaka. Jika dilihat keistimewaan Tamadun Melaka sehingga menjadi empayar yang ulung di rantau ini pada abad ke-15 adalah disebabkan kedudukannya rang strategik dari segi perdagangan dan pelabuhannya terlindung dan selamat dari iupan angin Monsun.

Rangsangan Keagamaan

Kemunculan sesebuah tamadun juga boleh dikaitkan dengan rangsangan eagamaan dan kerohanian. Ajaran agama dan amalan rohani sebenamya mendorong lanusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan suci yang mendorong kepada kehidupan bertamadun. Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan eragama akan berusaha untuk membangunkan kehidupan mereka menuju kepada kesempurnaan kemanusiaan dan seterusnya melahirkan ketinggian budaya. Daripada lembangunan kehidupan seperti ini bermulalah bibit-bibit kehidupan bertamadun. kemunculan Tamadun Islam misalnya begitu dipengaruhi oleh rangsangan nilai daripada penghayatan cara hidup Islam yang sempuma. Sejarah Tamadun Islam bermula di Semenanjung Tanah Arab, dari zaman yang dikenali sebagai Jahiliah kerana masyarakat Arab pada masa itu masih jahil tentang agama dan berpuak-puak. Peperangan sering meletus, golongan kaya sering menindas golongan miskin dan wanita berada pada kedudukan yang hina. Kedatangan Islam telah mengubah cara hidup masyarakat Arab kepada perpaduan ummah dan sifat keinsanan yang tinggi. Tamadun Islam mula berkembang pesat sehingga mencapai kegemilangan.


Penghayatan Tinggi Terhadap Moral dan Nilai Terpuji

Kelahiran sesebuah tamadun turut didorong oleh penghayatan yang tinggi terhadap moral dan nilai yang terpuji. Nilai-nilai murni yang wujud pada masyarakat sudah pasti menggalakkan kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai murni yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan, semangat berdisiplin dan sebagainya. Nilai­nilai murni yang wujud pada pemimpin sudah pasti menggalakkan kepimpinan yang berhemat, bertanggungjawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara. Penghayatan nilai-nilai murni seperti penekanan konsep keadilan dalam pemerintahan telah dihayati hampir semua tokoh tamadun silam seperti Plato dan Aristotle dalam tamadun Yunani, Lao Tze dan Kung Fu Tze dalam tamadun Cina, Kautilya dan Samkara dalam tamadun India serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Tamadun Islam.

Pengalaman Kesengsaraan Hidup

Kemunculan sesebuah tamadun dikaitkan juga dengan kesengsaraan hidup. Situasi kehidupan yang sengsara dan menderita boleh mendorong masyarakat untuk bekerjasama mengembelengkan tenaga untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu tersebut. Kesengsaraan dan penderitaan menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan kehidupan mereka. Dalam konteks zaman moden, kemunculan negara Jepun seringkali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka dalam Perang Dunia Kedua. Kekalahan dalam peperangan tersebut telah meningkatkan semula semangat rakyat Jepun untuk bangun memajukan negara mereka. Hasil usaha yang bersungguh-sungguh menjadikan Jepun sebagai sebuah negara yang maju dalam bidang sains dan teknologi serta muncul salah satu kuasa ekonomi dunia.

Toleransi dengan Tamadun Lain

Kelahiran sesebuah tamadun turut didorong oleh toleransi yang tinggi terhadap sumbangan tamadun-tamadun yang lain. Semangat untuk mewujudkan interaksi antara tamadun merupakan satu rangsangan kepada pemupukan kehidupan bertamadun. Toleransi terhadap sumbangan tamadun-tamadun yang lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima sumber-sumber yang baik daripada tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kemunculan tamadun barn. Sikap tokoh-tokoh penting dalam tamadun-tamadun sebelum ini jelas menampakkan toleransi dan saling hubungan antara tamadun. Tamadun Islam contohnya merupakan tamadun yang bersikap terbuka untuk menerima sumber ilmu astronomi daripada tamadun Yunani.


FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN

Ketidakadilan dan Perbezaan Jurang

Berlakunya ketidakadilan dengan wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara antara golongan kaya dengan miskin. Sebagai contoh, situasi seperti ini dapat diperhatikan berlaku pad a zaman pemerintahan raja-raja zaman Greek awal, terdapat ramai golongan hamba abdi yang hidup miskin dan melarat sedangkan golongan kaya terus menambah kekayaan. Golongan miskin ini tidak dapat hak untuk mengundi malah ditindas dan diperah tenaga untuk mengusahakan tanah orang kaya. Akibat daripada ketidakadilan yang dilakukan oleh golongan atasan maka tercetus perasaan tidak puas hati dan pemberontakan dan rusuhan orang bawahan. Mereka menuntut pembaharuan dari segi ekonomi terutama mengenai tanah, namun desakan mereka tidak diendahkan, malah ketua mereka Tiberius dan Cains Gracchus telah terkorban akibat ditindas oleh ahli-ahli senat. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noar, Salina Hj. Zainol, 2000 : 33).

Penindasan dan Kezaliman

Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga persoalan hak-hak kemanusiaan diketepikan sarna sekali. Kehidupan bertarnadun sudah tidak bermakna lagi apabila sistem ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati malah dicabuli dengan sewenang-wenangnya. Sebagai contoh, semasa era pemerintahan Dinasti Sui (589-618), Maharaja Yang Ti (604-617) telah mengabaikan tanggungjawab serta bertindak kejarn ke atas rakyatnya. Tindakan beliau yang memaksa rakyat membina istana-istana raja dan terusan membawa rasa tidak puas hati rakyat. Akhimya golongan petani bangkit memberontak dan menjatuhkan dinasti tersebut. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd DaH, Suffian Mansor, Zulkarnaian Abdul Rahman, 2001 : 23).

Keruntuhan Moral dan Nilai Masyarakat

Berlakunya keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutarnanya di kalangan pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekern yang murni dan mulia. Berdasarkan sejarah kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan Tamadun Islam boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai terutama di kalangan pemimpin. Dalam pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyyah perpecahan berlaku di kalangan puak Syi' ah dan Sunni kerana semangat perkauman yang sempit. Malah wujud di kalangan pemimpin mereka yang tidak berakhlak mulia seperti suka berfoya-foya, zalim, tamak kuasa dan sebagainya. Nilai-nilai yang tidak sihat di kalangan pemimpin ini telah menyebabkan keadaan politik menjadi tidak stabil, akhirnya kerajaan menjadi merosot dan lemah. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noar, Salina Hj. Zainol, 2000 : 33).

Sikap Tertutup Dari Menerima Perubahan

Wujud sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi perubahan teknologi atau perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial. Sikap tertutup seperti ini sudah tentu merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang beku atau jumud berpanjangan. Dalam sejarah dapat dilihat bagaimana Tamadun Islam Uthmaniyyah mengalami keruntuhan dari dalam disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan so sial. Begitu juga yang berlaku kepada tamadun China yang enggan menerima perubahan dari Barat menyebabkan kerajaan China semakin merosot dan lemah walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk memulihkannya.

Malapetaka dan Bencana Alam

Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara besar-besaran. Faktor seperti ini juga merupakan salah satu penyebab kemerosotan sesebuah tamadun. Bagaimanapun, faktor ini di luar kawalan manusia untuk menghalangnya daripada berlaku. Misalnya wabak penyakit yang dahsyat telah me!ebak ke seluruh bandar Athens dan telah mengakibatkan kematian dan kemusnahan sehingga melemahkan semangat penduduk Athens pada sekitar 429 S.M. Pericles yang dianggap pemerintah yang berkebolehan telah menjadi mangsa wabak penyakit tersebut termasuk ramai pembesar-pembesar yang telah banyak membuat perubahan kepada Athens sendiri. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noor, Salina Hj. Zainol, 2000 : 34).


1.6 PEMBINAAN T AMADUN MALAYSIA:

SATU SOROTAN

Kepentingan pengetahuan tentang pengajian ilmu ketamadunan di seluruh dunia, baik di Amerika, Eropah, Asia mahupun di Afrika dilihat penting setelah pengisytiharaan yang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu-Satu melalui UNESCO 2001 sebagai "United Nations' Year of Dialogue Among Civilizations". Dialog di antara peradaban dan kajian serta amalan mengenainya harus dilakukan dengan kadar yang segera berikutan berlakunya tragedi serangan pada 11 September 2001 terhadap World Trade Center, New York yang seolah-olah membenarkan teori Huntington, "clash of civilizations" atau pertentangan tamadun. Kesinambungan dari perkara tersebut telah menimbulkan pelbagai siri konflik dan keganasan berdarah di dunia antara kumpulan budaya, pemeluk agama dan mazhab satu agama yang berbeza. Antaranya ialah di Palestin antara penganut Islam, Kristian dan Yahudi; di Ireland, konflik berdarah antara pemeluk agama Kristian daripada Mazhab Katholik dan Protestan; di Sudan dan di Indonesia antara pemeluk agama Kristian dan Islam dan sebagainya.

Pengajian tentang pelbagai tamadun manusia amat relevan pada masa ini terutamanya dengan keadaan masyarakat Malaysia yang merupakan sebuah masyarakat majmuk dan etnik terbesarnya iaitu Melayu, Cina dan India. Malaysia dapat disifatkan sebagai sebuah masyarakat majmuk yang stabil secara relatifnya dan mempunyai kesamaan masyarakat majmuk di Kota Madinah pada era awal kedatangan Islam dari sudut mempertahankan perpaduan, keamanan dan kesejahteraan. Dari sudut sejarahnya, etnik Melayu merupakan kelompok masyarakat nukleus yang boleh menjamin kesejahteraan dan kestabilan masyarakat majmuk Malaysia secara keseluruhannya. Untuk menjaga integriti masyarakat majmuk tersebut, cabaran-cabaran semasa perlu ditangani secara berhemah. Antara langkah yang boleh diambil ke arah usaha murni tersebut ialah mengisi semangat kemerdekaan dengan pengisian yang positif dan berkesan melalui penghayatan sejarah negara sebelum dan selepas kemerdekaan.

Jurang kebudayaan dan pencapaian ekonorni yang boleh memisahkan pelbagai etnik dalam masyarakat majmuk Malaysia juga merupakan suatu cabaran serna sa yang perlu ditangani secara penuh kesedaran kerana ia merupakan suatu isu sensitif. Walau bagaimanapun ia boleh diatasi dengan pembentukan kebudayaan Malaysia sebagai teras yang boleh menyatukan semua etnik di Malaysia, tanpa menafikan kebudayaan etnik yang bersifat individu atau berbeza di antara satu sama lain.

Sejarah membuktikan bahawa hubungan antara kaum dalam masyarakat Malaysia adalah penting untuk mengecapi keamanan dan kemakmuran. Penjajahan British di Tanah Melayu secara langsung telah menyumbang kepada polarisasi kaum, iaitu pemisahan kaum mengikut budaya dan kerjaya. Manifestasi polarisasi antara kaum dapat dilihat pada peristiwa 13 Mei 1969, iaitu selepas 13 tahun kemerdekaan Malaysia. Peristiwa ini terjadi disebabkan ketegangan hubungan antara kaum Melayu dengan Cina sehingga banyak mengorbankan nyawa pada kedua-dua belah pihak (Ezad Azraai Jamsari et al., 2005: 220). Polarisasi kaum ini wujud disebabkan tiada interaksi positif antara kebudayaan besar Melayu dengan Cina yang membentuk majoriti rakyat Malaysia. Penjajah tidak mengintegrasikan kaum Cina ke dalam masyarakat bumiputera yang sebahagian besarnya merupakan orang Melayu. Masyarakat Cina menguasai perniagaan dan perlombongannya, manakala masyarakat Melayu masih melakukan kerja-kerja kampung. Keadaan ini telah mencipta jurang budaya dan ekonomi yang berterusan walaupun langkah pembaikan dilakukan terhadap sistem pendidikan dan ekonomi selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan pada tahun 1970an untuk mengintegrasikan masyarakat Cina ke dalam masyarakat Melayu yang merupakan kaum majoriti melalui perubahan sistem pendidikan daripada penggunaan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, namun usaha ini masih kurang berhasil. lni disebabkan peratusan atau jumlah sekolah aliran Inggeris lebih banyak berbanding dengan sekolah aliran Melayu. Malahan, sebahagian besar daripada sekolah aliran Melayu terpaksa ditutup disebabkan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris tidak wujud untuk lulusan sekolah Melayu melainkan selepas penubuhan institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu, iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia pada 18 Mei 1970 (Zainal Abidin et aI, 1996 : 385-388).


Selain dasar pendidikan, dasar ekonorni negara selepas merdeka juga tidak membantu ke arah mengintegrasikan masyarakat majmuk Malaysia. Dasar ekonorni negara seperti Rancangan Malaya Pertama (1956-60) dan Rancangan Malaya Kedua (1961-65) tidak memberi penekanan kepada perlaksanaan dasar yang boleh menyebabkan integrasi kaum berlaku. Kerajaan tidak melibatkan diri secara berkesan untuk mengawal ekonomi pasaran bebas, malahan negara masih bergantung pada eksport dan import dengan negara bekas penjajah. Akibat kebergantungan tersebut, negara tutut merasai kesan kemelesetan ekonorni dunia akibat pengurangan permintaan getah dan bijih timah di pasaran dunia. Kesan kemelesetan ekonorni dunia menyebabkan perubahan berlaku terhadap pembentukan dan perlaksanaan dasar ekonomi negara. Perubahan tersebut ditujukan kepada realiti ekonomi negara yang boleh mengimbangkan jurang ekonorni antara kaum. Oleh itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dibentuk merupakan titik tolak penting perubahan ini kerana ia bertujuan menutup jurang ekonorni antara kaum (Abdul Shukor dan Hassan, 1982 : 310-317).

Konsep kebudayaan Malaysia perlu diasaskan kepada beberapa prinsip yang untuk semua ras atau penganut agama. Semua agama atau kebudayaan mempunyai nilai persamaan dan perbezaan, nilai persamaan tersebut perlu dikembangkan dan dijadikan prinsip. Nilai semua agama dan kebudayaan boleh dilihat dari dua aspek penting iaitu kebendaan dan kerohanian atau spiritual yang dilihat atau dihayati secara berbeza-beza oleh semua agama dan kebudayaan. Apabila kebendaan dipisahkan daripada nilai kerohanian atau spiritual atau apabila nilai spiritual disamakan dengan nilai ritual, sahaja, ketegangan dan keretakan masyarakat berlaku seperti yang dapat dilihat pada Peristiwa 13 Mei.

Secara ringkasnya beberapa pendekatan wajar diberikan perhatian dalam memastikan pembentukan sebuah negara Malaysia yang harmoni:

(a) Memahami realiti amalan dan penghayatan Islam. Satu hakikat yang jarang difahami oleh kebanyakan orang bukan Islam ialah bahawasanya Islam merupakan satu cara hidup (way of life) yang mencakupi semua bidang kehidupan. Islam bukan setakat upacara ibadat pemujaan Tuhan di masjid dan di tempat-tempat khusus pada masa-masa tertentu sahaja. Selain itu, penganutnya boleh melakukan segala kegiatan dalam bidang ekonomi, politik, rekreasi, budaya, pentadbiran dan pemerintahan mengikut mana-mana peraturan buatan manusia. Sebaliknya Islam mengatur segala aspek kehidupan manusia secara individu dan kolektif.

(b) Menangani perbezaan dan interaksi dalam suasana pluraliti etnik, budaya dan agama menerusi pandangan tamadun Islam. Perbezaan ini boleh ditangani secara mematuhi prinsip kebebasan beragama dan mengelak tiga gejala buruk, iaitu:

i. Extremism atau pendirian melampaui batas pertengahan dan keseimbangan apabila mentafsir dan melaksanakan sesuatu peraturan atau hukum secara ekstrem.

ii Chauvanism atau ta'sub apabila menganggap fikiran dan cara sendiri atau kumpulan sendiri adalah terbaik dan paling benar dan fikiran orang atau kumpulan lain tidak benar dan mesti ditolak dan ditentang.

iii Fanaticism atau membabi buta (menghampiri psikosis) dalam mengikuti dan melaksanakan sesuatu cara, pendapat dan pendekatan sendiri tanpa mempeduli bahkan menolak sekeras-kerasnya pendapat dan cara orang lain.

(c) Kefahaman tentang ilmu ketamadunan boleh memberikan kefahaman yang jelas tentang landskap budaya dan negara bangs a Malaysia yang mempunyai pluraliti budaya, etnik dan agama hasil warisan sejarah. Ia merupakan titik mula untuk memupuk keinsafan yang kukuh tentang keperluan membina kehidupan bersama secara harmonis secara bersatu padu.


KESIMPULAN

Sesebuah tamadun itu sebenarnya mempunyai kriteria dan faktor tersendiri dalam membina, membangun dan memajukan tamadun tersebut. Terdapat tamadun yang mampu bertahan untuk jangka mas a yang lama namun sebaliknya terdapat juga tamadun yang tidak dapat bertahan lama kerana faktor-faktor tertentu. Begitu juga dengan tamadun Malaysia yang meletakkan asas pembinaannya yang berteraskan kepada polarisasi kaum, ras dan bangsa bagi membina acuan tamadun Malaysia itu sendiri.

No comments: